Mencegah buasir,rawatan buasir, apa jenis-jenis buasir

Saturday 30 June 2018

Mengapa buasir terjadi?

Mengapa buasir terjadi?
Mengapa buasir terjadi? | Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia akan terjadi kepada mana-mana individu tidak mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita yang sarat mengandung. Ia juga sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.

Cara untuk elak terjadinya BUASIR
Disini ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk elakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:
  1. Elakkan sembelit
  • Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
  • Banyakkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
  • Lakukan senaman setiap hari.
  • Cuba Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.
        1. Mengurangkan kesakitan
        • Jika boleh Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
        • Jika terdapat juga pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
        • Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
        • Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.
        Semoga artikel bertajuk Mengapa buasir terjadi ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat penting untuk anda. Jika bermaafaat kongsikan ya.

        No comments:

        Post a Comment